Pelajar maut tercampak, motosikal bergesel dengan SUV

Keadaan motosikal dinaiki mangsa yang terbabas dan melanggar gerai burger selepas bergesel dengan sebuah SUV dalam kejadian di Jalan Sultan Mahmud, pada Jumaat.
Keadaan motosikal dinaiki mangsa yang terbabas dan melanggar gerai burger selepas bergesel dengan sebuah SUV dalam kejadian di Jalan Sultan Mahmud, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman maut apabila motosikal ditungganginya terbabas selepas bergesel dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di Jalan Sultan Mahmud, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada jam 4.55 petang ketika mangsa, Muhammad Aiman Faiz Azman, 18, dari arah rumah di Chendering, di sini menghala ke Batu Buruk.

"Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha R25 dinaiki mangsa bergesel dengan SUV jenis Honda HRV dipandu lelaki berusia 59 tahun dari arah rumah di Padang Midin menghala ke masjid Tengku Haji Nik, Batu Buruk.

"SUV yang mahu membelok ke simpang kiri jalan tiba-tiba bergesel dengan motosikal dinaiki mangsa yang bergerak di sebelah kiri, di belakang kenderaan tersebut.

Keadaan SUV jenis Honda HRV dipandu seorang lelaki selepas terlibat kemalangan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Keadaan SUV jenis Honda HRV dipandu seorang lelaki selepas terlibat kemalangan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

"Rempuhan itu menyebabkan motosikal itu terbabas lalu melanggar sebuah gerai burger di sebelah kiri jalan sebelum mangsa tercampak ke hadapan," katanya di sini, pada Jumaat.

Menurut Azli, mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu SUV tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!