Bangladesh sekat WhatsApp, Instagram, YouTube dan TikTok
DHAKA - Pemerintah Bangladesh melaksanakan sekatan terhadap platform media sosial seperti Instagram, TikTok dan YouTube serta aplikasi mesej WhatsApp, menurut laporan Daily Bangladesh pada Jumaat.
Dhaka turut menyekat akses kepada Facebook dan aplikasi Telegram selepas langkah ketat itu dilaksanakan pada 17 hingga 31 Julai lalu sebagai tindak balas terhadap siri protes ganas dilancarkan kumpulan pelajar yang membantah sistem kuota dalam sektor awam.
"Sekatan terbaharu ke atas platform Meta melalui rangkaian mudah alih dikuatkuasakan kira-kira jam 12.15 tengah hari (waktu tempatan).
"Ia bagaimanapun hanya terhad kepada sambungan data mudah alih memandangkan had kelajuan internet dilaporkan kembali normal sejak malam Khamis," jelas laporan itu lagi.
Difahamkan, Bangladesh mempunyai lebih 120 juta pengguna rangkaian mudah alih dan sekatan akses terhadap Facebook bakal mendorong peningkatan jumlah penggunaan rangkaian persendirian maya (VPN), sekali gus memberi kesan terhadap tahap kelajuan internet.
Langkah terbaharu itu dilaksanakan selepas siri sekatan internet pada bulan lalu yang turut menyaksikan penutupan perkhidmatan jalur lebar pada 18 Julai.
@sinarharianonline Bangladesh sekat WhatsApp, Instagram, YouTube dan TikTok #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Global #Bangladesh #MediaSosial #WhatsApp #Instagram #YouTube #TikTok
News - AShamaluevMusic
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!