Awang hitam bergelut dengan polis

Seorang lelaki Nigeria yang cuba bertindak agresif kepada anggota polis ditahan dalam serbuan di beberapa unit pangsapuri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Seorang lelaki Nigeria yang cuba bertindak agresif kepada anggota polis ditahan dalam serbuan di beberapa unit pangsapuri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Nigeria bertindak agresif apabila cuba bergelut dengan anggota polis semasa ditahan di sebuah pangsapuri mewah di Jalan Ampang, di sini, pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga cuba menggigit selain enggan memberi kerjasama kepada polis.

Itu antara situasi yang berlaku semasa Op Pintas Wakanda yang dilaksanakan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Difahamkan, operasi dijalankan berikutan dikesan penglibatan warga dari benua Afrika yang terlibat dalam sindiket pelacuran yang menyasarkan pelanggan daripada kalangan 'awang hitam'.

Antara yang ditahan dalam Op Pintas Wakanda di sebuah pangsapuri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Antara yang ditahan dalam Op Pintas Wakanda di sebuah pangsapuri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Seorang pekerja di pangsapuri yang enggan dikenali berkata, banyak insiden buruk dilaporkan berlaku membabitkan warga Afrika di kondominium itu.

"Pihak pengurusan ada terima aduan mereka buat bising kerana mabuk selain bergaduh sampai keluar rumah dalam keadaan berbogel.

"Ada juga kes pihak pengawal menegur seorang lelaki Afrika, tetapi dimarahi semula dan dipukul," katanya ketika ditemui di sini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, operasi bermula jam 10.30 pagi dijalankan pihaknya dengan kerjasama Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri.

Mohd Shuhaily
Mohd Shuhaily

Katanya, seorang wanita warga Tanzania berusia 24 tahun disyaki mangsa eksploitasi seks telah diselamatkan.

"Polis telah menahan 20 individu termasuk sembilan wanita dan dua kanak-kanak iaitu perempuan serta lelaki.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 warga Nigeria, Uganda (2), Tanzania (3) dan seorang Maldives," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Op Pintas Wakanda bertindak menahan 20 warga asing di sebuah pangsapuri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Op Pintas Wakanda bertindak menahan 20 warga asing di sebuah pangsapuri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tegasnya, dua lelaki warga Nigeria berusia 33 dan 35 tahun disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Atipsom 2007, manakala tangkapan lain diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Tambah Mohd Shuhaily, kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang.

Unit anjing pengesan (K9) PDRM turut dibawa ke lokasi serbuan untuk tindakan pemeriksaan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah.
Unit anjing pengesan (K9) PDRM turut dibawa ke lokasi serbuan untuk tindakan pemeriksaan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!