Polis mohon bantuan kesan Alief Daniel

Alief Daniel kali terakhir dilihat berada di rumahnya di Jalan PJS 2C, Petaling Jaya kira-kira 11.50 pagi, semalam.
Alief Daniel kali terakhir dilihat berada di rumahnya di Jalan PJS 2C, Petaling Jaya kira-kira 11.50 pagi, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang pada 1.15 pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Alief Daniel Ghazally Abdul Ghaniy kali terakhir dilihat berada di rumahnya di Jalan PJS 2C, Petaling Jaya kira-kira 11.50 pagi, semalam.

Beliau berkata, semasa kali terakhir dilihat di rumahnya, remaja itu berpakaian baju sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Medan warna merah bertulis 'Mars' dan berkasut sekolah warna hitam serta membawa beg galas berwarna hitam.

"Alief Daniel Ghazally berketinggian 163 sentimeter dan berbadan gempal dengan berat 80 kilogram.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi talian 03-7966 2222,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!