Nurul Aina pemburu toman

Nurul Aina pernah menaikkan ikan toman seberat tujuh kilogram di Empangan Gubir, Kedah.
Nurul Aina pernah menaikkan ikan toman seberat tujuh kilogram di Empangan Gubir, Kedah.
A
A
A

SHAH ALAM - Pernah terjatuh ke dalam empangan, namun tidak mematahkan semangat wanita ini untuk terus meminati aktiviti memancing.

Nurul Aina Mazalan, 28, berkata, dirinya mula meminati aktiviti itu sejak di sekolah menengah dan sering mengikuti adik-beradiknya memancing.

"Saya suka memancing sebenarnya bermula sejak sekolah menengah lagi tapi hanya suka-suka mengail ikan keli. Selepas itu ketika Tingkatan Empat saya terpaksa hentikan hobi kerana masuk ke sekolah berasrama.

"Sekarang baru boleh sambung hobi ini semula, tapi lebih kepada 'casting' ikan toman sebab ikut adik-beradik lelaki," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Nurul Aina minat memancing sejak di sekolah menengah lagi.
Nurul Aina minat memancing sejak di sekolah menengah lagi.

Menurut jurusolek bebas berasal dari Selangor itu, dia pernah terjatuh ke dalam empangan ketika memancing di Kedah.

Ujarnya, kejadian tersebut dianggap paling pahit sepanjang penglibatannya dalam bidang berkenaan.

"Tahun lalu, kejadian berlaku di Empangan Gubir, Kedah. Bot yang saya naiki terlanggar tunggul kayu lalu saya terjatuh ke dalam air, alhamdulillah pada waktu itu saya memakai jaket keselamatan.

Artikel Berkaitan:

"Joran yang baru seminggu beli turut tenggelam. Bagaimanapun mungkin masih ada rezeki saya, pengendali bot sempat menyelamatkan joran itu dengan menggulung tali pada botol sehingga ia timbul kembali," katanya.

Kata Nurul Aina, dek kerana minat mendalam, setiap bulan dia akan keluar memancing di beberapa lubuk memancing di seluruh negara.

Ujarnya, antara lokasi memancing yang paling jauh pernah dia pergi adalah di Kedah.

Kejayaan menaikkan ikan menjadi kepuasan kepada Nurul Aina.
Kejayaan menaikkan ikan menjadi kepuasan kepada Nurul Aina.

“Saya sangat suka Empangan Gubir kerana tempatnya yang cantik, toman juga rancak di situ dan sudah pasti tidak pernah menghampakan.

"Paling gembira apabila saya pernah menaikkan ikan toman seberat tujuh kilogram (kg) di empangan tersebut. Minggu depan saya mahu ke sana lagi.

“Apapun, kepuasan yang tidak dapat digambarkan apabila joran direntap ikan dan kita berjaya menaikkan ikan di darat selepas sekian lama menunggu,” katanya.

Apabila ditanya mengenai tip diamalkan untuk memburu toman, ujar Nurul Aina, teknik memikat ikan toman berbeza mengikut tempat.

Jelasnya, untuk lebih memahami, ia memerlukan banyak belajar daripada orang berpengalaman dan sentiasa berlapang dada menerima ilmu baharu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!