Pertembungan dua penjuru, BN lawan PN di PRK Nenggiri

Mohd Azmawi (kiri) dan Mohd Rizwadi (kanan) semasa menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang pada Sabtu
Mohd Azmawi (kiri) dan Mohd Rizwadi (kanan) semasa menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang pada Sabtu
A
A
A

GUA MUSANG - [DIKEMAS KINI] Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Perkara tersebut disahkan oleh Pegawai Pengurus PRK, Nik Raisnan Daud selepas semakan borang pencalonan kedua-dua individu diterima.

Pada PRK itu nanti BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara PN, Mohd Rizwadi Ismail dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mohd Azmawi Fikri menyerahkan borang penamaan pada jam 9.08 pagi sambil diiringi pencadang, Mohd Sani Nahtiman dan penyokong, Mohamed Khalid Sulaiman.

Sementara itu, Mohd Rizwadi menyerahkan borang penamaan pada jam 9.05 pagi dengan diringi pencadang, Mohd Sakri Hussin dan penyokong, Mohd Sidek @Mohd Saufi.

Kesemua calon tersebut disahkan penyertaan mereka oleh Nik Raisnan yang berlangsung di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang dibuka tepat pada jam 9 pagi.

Cabutan undi untuk menentu nombor dalam kertas undi, mendapati Mohd Azmawi Fikri memperoleh nombor dua manakala Mohd Rizwadi nombor satu.

Parti Sedar Rakyat (Sedar) yang sebelum itu menyatakan mahu bertanding akhirnya membuat keputusan menarik diri pada saat-saat akhir.

Artikel Berkaitan:

Tiada wakil dari Sedar hadir semasa proses penamaan calon.

PRK Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lepas mengumumkan kekosongan kerusi itu susulan tindakan Bersatu menggugurkan keahlian penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian DUN Nenggiri pada 17 Ogos manakala penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Dalam PRK lalu, calon PN dari Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab Aziz Yusoff.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!