Pembunuhan Haniyeh: Iran seru mesyuarat tergempar Menteri Luar OIC

Bagheri mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat tergempar menteri-menteri luar berikutan pembunuhan ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.
Bagheri mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat tergempar menteri-menteri luar berikutan pembunuhan ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.
A
A
A

TEHRAN - Menteri Luar sementara Iran, Ali Bagheri Kani mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat tergempar menteri-menteri luar berikutan pembunuhan ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.

Agensi Berita Iran IRNA melaporkan bahawa Bagheri menerusi akaun rasmi X miliknya pada Jumaat mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu dan memberi amaran mengenai akibat jenayah sebegini oleh rejim Zionis Israel.

Haniyeh dibunuh dalam satu serangan di Tehran pada Rabu selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Walaupun Hamas dan Iran menyalahkan Israel atas pembunuhan itu, Tel Aviv belum mengesahkan atau menafikan keterlibatannya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!