Henti manipulasi isu sumbangan kepada sekolah - Fadhlina

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika sidang media selepas Pelancaran Program FIFA ‘Footbal For School & Woman Football’ di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek pada Sabtu. Foto Bernama
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika sidang media selepas Pelancaran Program FIFA ‘Footbal For School & Woman Football’ di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) mengingatkan semua pihak supaya berhenti daripada terus memanipulasi isu berkaitan penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah.

Menteri berkenaan, Fadhlina Sidek berkata, ini kerana pihaknya beranggapan isu terbabit telah selesai dan KPM menghormati keputusan Jemaah Menteri yang mengekalkan garis panduan sedia ada.

"Saya rasa isu ini telah selesai dan kita kekal bersama dengan keputusan Jemaah Menteri (mengekalkan garis panduan bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah).

"Jadi, saya harap ia tidak berbangkit lagi dan kita tumpukan kepada isu pembangunan pendidikan yang lebih utama ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bola Sepak untuk Sekolah FIFA dan Kempen Bola Sepak Wanita FIFA di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai di sini pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram.

Kontroversi berkenaan sumbangan kepada sekolah tercetus bulan lepas apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu menyertai acara kutipan dana sebuah sekolah Cina yang menerima sumbangan syarikat minuman keras.

Sehubungan itu, KPM memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk mengekalkan garis panduan sedia ada bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah pada 26 Julai lepas.

Panduan itu antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Henti manipulasi isu sumbangan kepada sekolah - Fadhlina #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Nasional #Sekolah #Sumbangan #FadhlinaSidek #KPM

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!