Rezeki PRK Nenggiri, jualan licin tidak sampai dua jam

Norhidayu (kanan) sanggup datang dari Sungai Petani, Kedah untuk melihat kemeriahan PRK DUN Nenggiri.
Norhidayu (kanan) sanggup datang dari Sungai Petani, Kedah untuk melihat kemeriahan PRK DUN Nenggiri.
A
A
A

GUA MUSANG - Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang berlangsung di Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di sini pada Sabtu menyaksikan semua jualan peniaga licin dan mereka pulang dengan bekas kosong.

Peniaga minuman, Norhidayu Mohd Nor, 35, yang sanggup datang dari Sungai Petani, Kedah, berkata, dia dan pekerjanya belum sempat tidur lagi sejak sampai di sini pada jam 4 pagi.

"Alhamdulillah berbaloi kami datang meniaga dari jauh kerana semua jualan air balang licin.

"Bukan sekali dua kami terpaksa bancuh air yang baharu tetapi lebih lima kali, rezeki PRK," katanya yang sebelum ini pernah berniaga di PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Maliki yang menjual aiskrim dari Tanah Putih, Galas memaklumkan jualannya licin tidak sampai dua jam.
Maliki yang menjual aiskrim dari Tanah Putih, Galas memaklumkan jualannya licin tidak sampai dua jam.

Dia menjual air jagung, lemon, anggur, asam boi dan kopi ais dengan harga RM3 segelas.

Menurutnya, selain mencari rezeki terpijak begini dia sanggup datang dari jauh kerana ingin melihat suasana kemeriahan PRK di DUN Nenggiri.

Peniaga aiskrim, Maliki Senik, 63, dari Tanah Putih, Galas berkata, jualannya licin tidak sampai dua jam.

Artikel Berkaitan:

"Dengan keadaan cuaca panas begini ramai penyokong yang memilih menikmati aiskrim buatan sendiri ini.

Halimatun tidak menang tangan melayan pelanggan pada hari penamaan calon PRK DUN Nenggiri.
Halimatun tidak menang tangan melayan pelanggan pada hari penamaan calon PRK DUN Nenggiri.

"Alhamdulillah RM400 hari ini saya dapat dan boleh pulang awal," ujarnya.

Bagi peniaga makanan ringan dari Bachok, Halimatun Saadiah Mohd Aziz, 41, dia tidak menang tangan melayan pelanggan sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

Katanya, semua makanan itu terjual kurang dari dua jam.

"Saya mula berniaga seawal jam 7 pagi. Alhamdulillah, rasa penat hilang bila semua piza, sosej habis terjual," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!