Israel bebaskan Imam Sheikh Ekrima, halau dari Masjid Al-Aqsa

Sebelum ini Imam Masjid Al-Aqsa dilapor ditahan Israel dalam satu serbuan di rumahnya di Baitulmaqdis pada Jumaat.
Sebelum ini Imam Masjid Al-Aqsa dilapor ditahan Israel dalam satu serbuan di rumahnya di Baitulmaqdis pada Jumaat.
A
A
A

BAITULMAQDIS - Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel pada Jumaat selepas ditahan selama beberapa jam dan diarahkan untuk meninggalkan masjid itu.

Peguamnya, Khaled Zabarka memberitahu Anadolu bahawa pihak berkuasa Israel membebaskan Sheikh Ekrima dan mengarahkan pengusirannya dari masjid sehingga 8 Ogos.

Pengusirannya berkemungkinan dilanjutkan selama enam bulan.

Sheikh Ekrima ditahan Israel pada awal Jumaat kerana berkabung dan memuji ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh yang terbunuh.

Hamas dan Iran menuduh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan pemimpin Hamas itu pada Rabu, tetapi Tel Aviv belum mengesahkan atau menafikan keterlibatannya.

Saksi mendakwa polis Israel menyerbu rumah Imam itu di Baitulmaqdis Timur dan menahannya, lapor Agensi Anadolu.

Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, beliau mengetuai solat jenazah ghaib untuk Haniyeh.

"Penduduk Baitulmaqdis dan sekitarnya dari mimbar Masjid Al-Aqsa yang diberkati berkabung atas syahidnya Ismail Haniyeh," katanya dalam khutbah.

Artikel Berkaitan:

Imam berusia 85 tahun itu pernah ditahan beberapa kali oleh tentera Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan.

Sheikh Ekrima adalah pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel di wilayah Palestin yang berlanjutan selama beberapa dekad.

Beliau pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!