Parti SEDAR tarik diri tanding PRK Nenggiri

Othman Abdillah (kanan) sewaktu mengambil borang pencalonan di pejabat Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan pada Khamis lalu.
Othman Abdillah (kanan) sewaktu mengambil borang pencalonan di pejabat Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan pada Khamis lalu.
A
A
A

GUA MUSANG - [DIKEMAS KINI] Parti Sedar Rakyat (SEDAR) menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Presidennya, Othman Abdillah menjelaskan, keputusan itu dibuat kerana pihaknya tidak mahu 'mengacau' undi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang bertanding.

Beliau berkata, bukan soal mengenai kehilangan wang pertaruhan dalam pilihan raya tetapi jika merasa sambutan yang diterima kurang memberangsangkan maka untuk meneruskan kempen selama dua minggu adalah tidak wajar.

"Kami telah membuat penilaian dan mendapati BN dan PN mempunyai penyokong yang kuat.

"Kita (Parti SEDAR) masuk, kena kerja lagi dua minggu (meraih undi). Selain itu, kita tidak mempunyai keyakinan untuk menang," katanya.

Menurut beliau, setelah berunding dengan pasukan dan calon, mereka putuskan untuk tidak bertanding.

Katanya, parti itu mahu BN dan PN berlawan secara dua penjuru.

Sinar Harian pada 18 Julai lalu melaporkan, SEDAR sah akan bertanding pada PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini sekali gus menyaksikan mereka akan bersaing dengan PN dan BN.

Artikel Berkaitan:

Beliau memaklumkan calon yang akan mewakili parti itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Kita akan tampilkan anak tempatan di kawasan berkenaan sebagai calon," katanya kepada pemberita selepas mengambil borang pencalonan di pejabat Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan di Kota Bharu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!