Bertanding guna logo Pas langkah tepat - Muhyiddin

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - Penggunaan logo Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah tepat dengan mengambil kira kriteria yang ditetapkan oleh pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan sokongan terhadap calon mereka, Mohd Rizwadi Ismail, 41, yang disifatkan mempunyai tahap disiplin yang tinggi, di samping sahsiah terpuji.

“Pagi ini telah berlangsung proses penamaan calon bagi PRK DUN Nenggiri. Alhamdulillah, PN meletakkan calon anak muda tempatan yang berwibawa iaitu Mohd Rizwadi Ismail.

“Sebagai anak muda yang bergiat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan di Nenggiri, saya percaya beliau amat mengetahui selok-belok masyarakat setempat dan insya-ALLAH akan dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat apabila terpilih sebagai wakil rakyat nanti.

“Sebagai bekas anggota tentera, saya juga percaya beliau mempunyai tahap disiplin tinggi di samping sahsiah terpuji. Ini antara kualiti yang amat penting untuk memastikan beliau sentiasa komited berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

PRK DUN Nenggiri akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Rizwadi dengan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 17 Ogos depan.

Pemilihan Mohd Rizwadi sebelum ini menarik perhatian ramai kerana meninggalkan Pas hanya pada 28 Julai lalu, sebelum diterima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Artikel Berkaitan:

Dia juga membaca ikrar dan sumpah laknat untuk tidak meninggalkan Bersatu jika dipilih sebagai wakil rakyat nanti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!