COURTS buka cawangan baharu, tawar 70 peratus diskaun

Anurag Srivastava (tengah) bersama staf selepas selesai merasmikan pembukaan cawangan baharu Courts di Pasaraya NSK Kota Damansara pada Sabtu.
Anurag Srivastava (tengah) bersama staf selepas selesai merasmikan pembukaan cawangan baharu Courts di Pasaraya NSK Kota Damansara pada Sabtu.
A
A
A

COURTS Sdn Bhd menawarkan tawaran harga sebanyak 70 peratus dan rebat sehingga RM200 bagi barangan terpilih sempena pembukaan cawangan baharu di NSK Trade City Kota Damansara pada Sabtu.

Ketua Pegawai Operasinya, Anurag Srivastava berkata, pihaknya turut melancarkan satu siri promosi khas iaitu khidmat penghantaran dan pemasangan percuma bagi semua barangan.

Anurag
Anurag

"Selain itu, kita juga ada tawaran PWP (pembelian dengan pembelian) yang menarik iaitu serendah RM1 termasuk diskaun sebanyak 10 peratus untuk aksesori terpilih menanti pengunjung yang mahu menaik taraf peranti mereka.

"Selain itu, pelanggan bakal menikmati rebat sehingga RM200 untuk perabot terpilih, harga tetap RM30 bagi barangan terpilih dan diskaun lebih daripada 70 peratus membabitkan produk kecil," katanya ketika majlis perasmian di COURTS Kota Damansara di sini pada Sabtu.

Anurag Srivastava (tiga dari kiri) merasmikan pembukaan cawangan baharu Courts di Pasaraya NSK Kota Damansara pada Sabtu.
Anurag Srivastava (tiga dari kiri) merasmikan pembukaan cawangan baharu Courts di Pasaraya NSK Kota Damansara pada Sabtu.

Hadir sama Pengurus NSK Trade City Kota Damansara, Alex Law Wai Keong; Ketua Pegawai Kewangan, Lim Wai Fern; Pengarah Komersial, Sam Chee Foo; Pengurus Wilayah Upper West Malaysia, Nurul Asri Bin Mohamad Nazri dan Pengurus Wilayah Lower West Malaysia, David Subra.

Mengulas lanjut Anurag memaklumkan, pelanggan yang membeli barangan mencecah RM500 berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah menerusi tiga sesi iaitu jam 2 petang, 4 petang dan 6 petang.

Artikel Berkaitan:

Pelanggan yang mengunjungi pada pembukaan cawangan baharu Courts di Pasaraya NSK Kota Damansara pada Sabtu.
Pelanggan yang mengunjungi pada pembukaan cawangan baharu Courts di Pasaraya NSK Kota Damansara pada Sabtu.

Menurut beliau, acara berkenaan akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini iaitu Sabtu dan Ahad bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan untuk mendapatkan hadiah istimewa.

Tambahnya, perkhidmatan pemasangan penghawa dingin turut mempunyai tawaran istimewa iaitu hanya RM99 sahaja berbanding harga biasa antara RM350 hingga RM400.

"Kami memberi banyak tawaran luar biasa kepada pelanggan dan ia bakal diteruskan bukan sahaja sewaktu pembukaan cawangan tetapi pada masa akan datang juga.

"Melihat kepada sambutan yang luar biasa daripada pengunjung hari ini, saya yakin COURTS akan lebih berkembang pada masa hadapan dan pasukan kami akan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!