Dua maut letupan kapal di perairan Bintulu

Dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di Bintulu. - Foto JBPM Sarawak
Dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di Bintulu. - Foto JBPM Sarawak
A
A
A

BINTULU - Dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di sini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimanshah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar jam 12.57 tengah malam Sabtu.

"Sepasukan tiga anggota ambulans EMRS telah dikejarkan ke lokasi di Jeti Pelabuhan Bintulu, bersama-sama lima ambulans Hospital Bintulu," katanya.

Bomba mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar jam 12.57 tengah malam Sabtu. - Foto JBPM Sarawak
Bomba mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar jam 12.57 tengah malam Sabtu. - Foto JBPM Sarawak

Tambah Hendery, tiga mangsa yang tiba dengan kapal didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan seorang cedera.

Setakat ini, identiti mangsa yang maut katanya hanya dikenal pasti sebagai Muhamad Firdaus dan George. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!