Malaysia, Thailand percepat bina Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang

Anwar (kanan) dan Srettha yang mengadakan lawatan kerja di Rantau Panjang dan Sungai Golok pada Sabtu.
Anwar (kanan) dan Srettha yang mengadakan lawatan kerja di Rantau Panjang dan Sungai Golok pada Sabtu.
A
A
A

PASIR MAS - Malaysia dan Thailand akan mempercepatkan pelaksanaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang, di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan semasa pertemuan dengan rakan sejawatan beliau dari Thailand, Srettha Thavisin selepas mengadakan lawatan kerja bersama-sama di Kompleks CIQ (Kastam, Imigresen, Kuarantin) di Sungai Golok di Narathiwat pada Sabtu.

“Hari ini kami putuskan untuk menyegerakan pelaksanaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang.

“Malaysia dan Thailand akan sama-sama berusaha mempercepatkan,” katanya ketika berucap sempena Lawatan Kerja Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin di Kompleks Apam Putra, di sini, pada Sabtu.

Anwar yang berucap sempena lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand.
Anwar yang berucap sempena lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kedua-dua negara juga memutuskan untuk mempercepatkan pembangunan dan pembersihan muara Sungai Golok yang sangat penting kepada rakyat Kelantan.

“Kami juga akan mempercepatkan pembangunan dan pembersihan muara Sungai Golok yang pastinya akan membantu rakyat Selatan Thailand serta di Kelantan daripada masalah banjir,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!