Pameran Koleksi Tetap Negara
Pameran koleksi tetap Balai Seni Negara pada kali ini akan membawa khalayak melihat dari sudut konteks Tenggara dalam Koleksi Negara, mengetengahkan keabsahan, tafsiran dan fiksyen, selain menjejak intipati struktur sosial dan budaya yang membentuk kepelbagaian dalam menganyam ketenggaraan itu sendiri. Tenggara di sini adalah merujuk kepada topologi negara dalam kelompok negara-negara di Asia Tenggara.
Nusa dalam Bahasa Melayu membawa makna tanah air atau tanah tumpah darah. Dalam membina naratif ini, lapan segmen telah diwujudkan. Menggali Cerita dan Jendela Tenggara akan melihat dari sudut persejarahan dan hubungan antarabangsa dari sudut ekonomi yang telah berlaku.
Secara keseluruhannya, pameran ini mempamerkan seleksi karya-karya terpilih dari Koleksi Negara yang mengerjakan terhadap naratif segmen yang diketengahkan, iaitu sejarah dan mitos, persoalan dan pencarian, hal identiti, idea, cadangan yang terhasil dan seterusya membawa kepada pembentukan representasi Tenggara yang ingin diketengahkan dalam pameran ini melalui Koleksi Negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!