PRK Nenggiri: Calon PN fokus pada kebajikan, kemasyarakatan

Mohd Rizwadi mahu memberi fokus kepada kebajikan dan kemasyarakatan di DUN Nenggiri.
Mohd Rizwadi mahu memberi fokus kepada kebajikan dan kemasyarakatan di DUN Nenggiri.
A
A
A

GUA MUSANG - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail mahu memberi fokus kepada kebajikan masyarakat di kawasan berkenaan.

"Keutamaan saya adalah kebajikan di DUN Nenggiri," jawab beliau dengan ringkas semasa sidang akhbar PN PRK DUN Nenggiri di sini pada Sabtu.

Pengelola Dakwah Halaqat Gua Musang berusia 41 tahun itu yang berasal dari Bertam Lama, Nenggiri merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemenangan Mohd Rizwadi pada PRK 17 Ogos ini akan memudahkan proses pengurusan dan pembangunan di DUN Nenggiri kerana pentadbiran negeri itu dikuasai parti terbabit.

Ujarnya, lebih banyak limpahan manfaat bakal dinikmati penduduk termasuk penyaluran peruntukan dan projek pembangunan oleh kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

"Macam calon sebut mahu jaga soal kebajikan dan kemasyarakatan selain isu berbangkit lain boleh terus dengan kerajaan negeri.

"Jadi pengundi boleh manfaatkan kedudukan beliau sebagai ADUN nanti. Ia selaras dengan pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!