Empat laporan polis berkaitan 'Free Bible Cource' diterima setakat ini
Zainol Samah. Gambar kecil: Tangkap layar video tular di TikTok yang memaparkan sekumpulan individu menyebarkan risalah atau mempromosi agama Kristian kepada orang ramai di hadapan surau warisan, Banda Hilir.
A
A
A
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kesemua laporan berkaitan kejadian yang berlaku berhampiran Bangunan Stadthuys itu, diterima semalam dan aduan dibuat empat individu termasuk kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka.
"Laporan dibuat susulan video tular di TikTok yang memaparkan sekumpulan individu menyebarkan risalah atau mempromosi agama Kristian kepada orang ramai, di hadapan surau berkenaan.
"Pengadu meminta pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat seperti yang tular dalam video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi 16 saat memaparkan sekumpulan individu menjalankan aktiviti mempromosi Free Bible Course's di hadapan Surau Warisan, yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.
Berdasarkan video dirakam seorang pengayuh beca, niat dan kewajaran kumpulan itu menjalankan aktiviti mempromosi kitab Injil, kini hangat dipersoalkan netizen. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!