Carini mahu minta maaf, peluk Khelif

Angela Carini menarik diri daripada pertarungannya melawan Imane Khelif dari Algeria selepas 46 saat yang mencetuskan kontroversi besar di Sukan Olimpik Paris. Foto AFP
Angela Carini menarik diri daripada pertarungannya melawan Imane Khelif dari Algeria selepas 46 saat yang mencetuskan kontroversi besar di Sukan Olimpik Paris. Foto AFP
A
A
A

PETINJU Itali, Angela Carini yang menarik diri daripada pertarungan Olimpik Paris 2024 selepas 46 saat menentang Imane Khelif dari Algeria mahu memohon maaf kepada lawannya itu.

Khelif adalah salah seorang atlet yang berdepan kontroversi apabila dibenarkan bertanding dalam acara tinju wanita di Olimpik Paris 2024 selepas beberapa pihak mempersoalkan mengenai jantinanya.

“Semua kontroversi ini membuatkan saya sedih,” kata Carini kepada akhbar Itali, Gazzetta dello Sport.

"Saya minta maaf kepada lawan saya juga. Jika Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata dia boleh bertanding, saya menghormati keputusan itu," katanya.

Carini berkata, tindakannya menarik diri merupakan satu langkah matang untuk diambil, tetapi dia melahirkan rasa kesal kerana tidak bersalaman dengan Khelif.

"Ia bukan sesuatu yang saya ingin lakukan. Sebenarnya, saya ingin meminta maaf kepada dia dan semua orang. Saya marah kerana impian Olimpik saya berkecai," katanya.

Dia menambah bahawa jika dia bertemu Khelif lagi, dia akan 'memeluknya'.

Khelif pernah dibatalkan penyertaan di Kejohanan Dunia tahun lalu oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) kerana dilaporkan mempunyai kromosom XY.

Artikel Berkaitan:

Namun, Khelif dilahirkan sebagai seorang wanita seperti dinyatakan dalam pasportnya, sekali gus menjadi faktor utama IOC membenarkannya untuk bertanding dalam kategori wanita.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!