Olimpik Paris: Azeem layak ke pusingan pertama 100m

Marc Brian Louis dari Singapura, Muhammad Azeem dan Ebrahima Camara dari Gambia bersaing dalam acara saringan 100m lelaki acara olahraga di Sukan Olimpik Paris 2024. Foto AFP
Marc Brian Louis dari Singapura, Muhammad Azeem dan Ebrahima Camara dari Gambia bersaing dalam acara saringan 100m lelaki acara olahraga di Sukan Olimpik Paris 2024. Foto AFP
A
A
A

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berjaya mara ke pusingan pertama acara 100 meter (m) lelaki selepas meraih tempat kedua dalam peringkat kelayakan, Sukan Olimpik Paris pada Sabtu.

Azeem yang berlari di lorong ketiga mencatatkan masa 10.42 saat dalam aksi yang berlangsung di Stade de France.

Pelari berusia 20 tahun itu akan mengiringi atlet dari Gambia, Ebrahima Camara yang berada di kedudukan pertama dengan catatan masa 10.29 saat ke pusingan pertama.

Pusingan pertama dijadualkan akan berlangsung pada jam 5.55 petang ini.

@sinarharianonline

Olimpik Paris: Azeem layak ke pusingan pertama 100m #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #Olimpik #MuhammadAzeem #LariPecut

News - AShamaluevMusic

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!