Dua pekerja maut dalam insiden letupan kapal di Bintulu
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemukan, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhamad Firdaus dan George manakala Ahmad Zahid yang cedera dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Menurut jurucakap itu, tiga anggota Khidmat Perubatan Menyelamat Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu telah digerakkan ke jeti Pelabuhan Bintulu untuk membantu petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari Hospital Bintulu mengurus ketiga-tiga mangsa berkenaan.
"Pasukan EMRS telah menerima arahan standby (bersiap sedia) di lokasi sekiranya diperlukan untuk menghantar mangsa ke hospital.
"Dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh KKM di lokasi manakala mangsa ketiga dibawa ke Hospital Bintulu menggunakan ambulans KKM," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!