'Rumah dirempuh semasa kami tidur, berat ujian hilang dua anak'

Keadaan rumah Norrulaini yang dirempuh treler terbabas pada Sabtu. Gambar kenangan Nurnazatul Fasiha (dua, dari kanan) dan Mohd Waldon Faris (kiri) bersama adik beradiknya.
Keadaan rumah Norrulaini yang dirempuh treler terbabas pada Sabtu. Gambar kenangan Nurnazatul Fasiha (dua, dari kanan) dan Mohd Waldon Faris (kiri) bersama adik beradiknya.
A
A
A

PEKAN - [DIKEMAS KINI] "Kejadian berlaku begitu pantas. Treler itu rempuh rumah semasa kami sekeluarga sedang tidur," kata Norrulaini Mohd Hassan, 54.

Norrulaini berkata, tidak tertanggung ujian dihadapi apabila insiden itu meragut nyawa dua anaknya.

Norrulaini
Norrulaini

"Saya tidak boleh nak cakap, tidak tertanggung kehilangan mereka, rasa hati saya ALLAH sahaja yang tahu," katanya ringkas ketika ditemui Sinar Harian di Masjid An Nur Ketapang Hilir di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi itu, treler membawa barangan pelbagai dipandu oleh pemandu disyaki positif dadah terbabas dan melanggar rumah jenis separuh kekal didiami lima sekeluarga di Kilometer 5 Jalan Pekan/Nenasi/Rompin di Kampung Ketapang Hilir di sini awal pagi Sabtu.

Mangsa, Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adiknya, Mohd Waldon Faris, 21, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan.

Dalam insiden itu Norrulaini, suaminya, Nasruddin Othman, 60, dan rakan kepada anaknya, Muhammad Gabriel Miqhael Muhammad Faidzal, 19, mengalami kecederaan.

Norrulaini memberitahu, Allahyarhamah Nurnazatul Fasiha yang merupakan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sering meminta untuk tidur bersama dengannya sejak sebulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Norrulaini (tengah) ditenangkan oleh waris yang datang melawat jenazah Nurnazatul Fasiha di Masjid An Nur Ketapang Hilir di sini pada Sabtu.
Norrulaini (tengah) ditenangkan oleh waris yang datang melawat jenazah Nurnazatul Fasiha di Masjid An Nur Ketapang Hilir di sini pada Sabtu.

Dia tidak menyangka permintaan tersebut petanda anak kedua daripada empat beradik itu mahu pergi selama-lamanya.

"Sebulan dia (Nurnazatul Fasiha) hendak tidur dengan saya dan dia tidak mahu tidur di tempat lain.

"Ini adalah petanda rupanya ALLAH hendak jemput dia," katanya dengan nada sebak.

Van membawa jenazah Nurnazatul Fasiha dari Hospital Pekan ke Masjid An- Nur Ketapang Hilir, di sini untuk disembahyangkan pada Sabtu.
Van membawa jenazah Nurnazatul Fasiha dari Hospital Pekan ke Masjid An- Nur Ketapang Hilir, di sini untuk disembahyangkan pada Sabtu.

Sementara itu, abang sulung kepada mangsa, Mohd Fakrul Hafiz, 35, mengakui masih terkejut dengan kejadian yang menimpa keluarga.

Mohd Fakrul Hafiz dipeluk oleh saudaranya kerana tidak dapat menahan sebaik ketika menuntut jenazah adiknya, Nurnazatul Fasiha di Hospital Pekan pada Sabtu.
Mohd Fakrul Hafiz dipeluk oleh saudaranya kerana tidak dapat menahan sebaik ketika menuntut jenazah adiknya, Nurnazatul Fasiha di Hospital Pekan pada Sabtu.

"Saya tidak sangka, walaupun mak dan ayah terselamat, tapi saya kehilangan dua beradik," katanya yang enggan bercerita lanjut.

Mohd Fakrul memaklumkan jenazah Nurnazatul Fasiha dan adik bongsunya, Mohd Waldon Faris yang bekerja sebagai tukang gunting rambut dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketapang pada Sabtu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!