Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi
Hujan baru-baru ini telah menyebabkan sungai itu tidak selamat untuk atlet berenang, dan semua latihan untuk acara individu juga terpaksa dibatalkan, menurut agensi berita Jerman dpa.
Terdapat kebimbangan besar mengenai acara individu, namun akhirnya ia berlangsung pada Rabu selepas air disahkan selamat untuk atlet berenang pada saat terakhir. Perlumbaan atlet lelaki terpaksa ditangguhkan selama sehari.
Selain triatlon campuran, acara 10 kilometer (km) renang air terbuka untuk lelaki dan wanita juga dijadualkan berlangsung di Sungai Seine minggu depan.
Perancis telah berusaha selama bertahun-tahun untuk meningkatkan kualiti air Sungai Seine, melabur sekitar €1.4 bilion (AS$1.5 bilion) dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk menggunakan sungai itu untuk acara Olimpik. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!