Pernas tawar RM4 juta perkasa keusahawanan francais Pantai Timur

Hazimah (empat dari kiri) dan Amizar ( empat dari kanan) bersama penerima skim pembiayaan pra-francais dan penerima sijil penghargaan Projek Xcelerator sempena Majlis Perasmian Program BizFrancais Pahang 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini pada Sabtu

A
A
A

KUANTAN - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui agensinya, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyasarkan 300 peserta dengan potensi pembiayaan RM4 juta tahun ini dalam usaha memperkukuh industri francais di tiga negeri di pantai timur, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Pernas,Datuk Hazimah Zainuddin berkata, Pernas telah membiayai RM46 juta kepada usahawan di Pantai Timur dan sebanyak 212 syarikat telah dibangunkan dengan pembiayaan dan latihan Pernas sejak tahun 2010.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 93 permohonan pembiayaan di Pahang dengan jumlah kelulusan RM18 juta dalam tempoh itu.

"Bagi keseluruhan siri jelajah program BizFrancais pada tahun ini, Pernas menyasarkan pembiayaan RM50 juta termasuk di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Hazimah (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Amizar ketika lawatan di reruai pameran Pernas sempena Majlis Perasmian Program BizFrancais Pahang 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini pada Sabtu

"Tahun lalu, sebanyak RM25.23 juta telah berjaya disalurkan kepada para usahawan melalui program BizFrancais ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program BizFrancais Pahang 2024 yang dirasmikan Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri, Datuk Amizar Abu Adam di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini pada Sabtu.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Pernas, Datuk Shamsuddin Mohd Mahayidin dan Ismail Abd Halim, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas, Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah serta Setiausaha Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor Kuskop, Chek Zainuddin Chek Jusoh.

Hazimah berkata, Program BizFrancais Pahang 2024 merupakan lokası ketiga bagı siri jelajah Program BizFrancais pada tahun ini selepas Sarawak dan Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, program itu telah diperkenalkan sejak tahun 2019 dan sebanyak 22 sırı program BizFrancais telah diadakan di pelbagai negeri termasuk Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Hazimah (tiga dari kiri) mengiringi Amizar melawat reruai pameran sempena Majlis Perasmian Program BizFrancais Pahang 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini pada Sabtu.
Hazimah (tiga dari kiri) mengiringi Amizar melawat reruai pameran sempena Majlis Perasmian Program BizFrancais Pahang 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini pada Sabtu.

"Selain itu, Pernas komited dalam usaha membantu jenama-jenama francais tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa dan mengenal pasti jenama antarabangsa untuk dibawa ke pasaran negara ini.

"Inisiatif berterusan turut dilaksanakan dalam memperkasa keusahawanan francais melalui pendedahan kepada orang ramai bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan," katanya.

Tambah beliau, usaha itu sekali gus membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menjana pendapatan sambil mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang francais.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!