Pas nafi pajak tanah di Kelantan kepada orang asing

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

GUA MUSANG - Pas menafikan dakwaan mengatakan kerajaan Kelantan memberikan pajakan tanah termasuk kawasan pembalakan kepada orang asing.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya mengambil serius dakwaan itu.

"Saya nak jelaskan bahawa kenyataan pajakan kepada pihak asing adalah tak betul melainkan mereka bawa data.

"Khabar angin tidak boleh jadi asas kita, sebab dakwaan ini serius. Ini kerana Kelantan dari segi penebangan balak kita mematuhi hak penebangan yang dibenarkan oleh pihak kerajaan," katanya semasa sidang akhbar Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa lot tanah di Kuala Krai, Kelantan diserahkan kepada seorang ahli perniagaan Cina termasuk membabitkan aktiviti pembalakan.

Menurut beliau, Kelantan mematuhi hak penebangan dan jika dilihat pada laporan pembalakan di semua negeri, Kelantan antara yang mematuhi hak tebangan yang dibenarkan.

"Ini termasuk projek-projek dalam yang diluluskan, jadi proses yang berjalan di peringkat negeri memang diakui dan dapat anugerah sijil pematuhan had penebangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!