Anwar tinjau projek PLSB Sungai Kelantan

Anwar (kiri) mendengar penerangan daripada Ahmad Anuar (kanan) ketika meninjau kemajuan tapak projek pembinaan PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 di Tunjung pada Sabtu. Foto Bernama
Anwar (kiri) mendengar penerangan daripada Ahmad Anuar (kanan) ketika meninjau kemajuan tapak projek pembinaan PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 di Tunjung pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu melakukan lawatan dan meninjau Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 di Tunjong, dekat sini.

Ketibaan Anwar turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Anwar tiba kira-kira jam 3.50 petang dan disambut Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Dr Ahmad Anuar Othman sebelum memberi taklimat berkaitan projek berkenaan.

Ahmad Anuar berkata, projek pembangunan lembangan sungai dilaksanakan dalam dua fasa dengan kos dijangka siap pada 2025.

Anwar (tiga dari kanan) mendengar penerangan daripada Ahmad Anuar (dua dari kanan) ketika meninjau kemajuan tapak projek pembinaan PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 di Tunjong pada Sabtu. Foto Bernama
Anwar (tiga dari kanan) mendengar penerangan daripada Ahmad Anuar (dua dari kanan) ketika meninjau kemajuan tapak projek pembinaan PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 di Tunjong pada Sabtu. Foto Bernama

Menurutnya, projek Fasa 1 sudah siap 94 peratus dengan kos RM699 juta.

"Projek Fasa 1 seluas 81 hektar bermula 2018 dan mengalami kelewatan berikutan negara mengalami pandemik Covid-19 selain masalah pengambilan tanah," katanya ketika ditemui pemberita.

Tambah Ahmad Anuar, projek Fasa 1 dijangka memberi manfaat kepada 190,000 orang di Bandar Baharu Tunjong.

Artikel Berkaitan:

"Projek ini bukan untuk Sungai Kelantan tetapi lebih kepada Bandar Baru Tunjong.

"Sebelum ini, kawasan ini merupakan tanah padi tetapi sebanyak 1080 hektar untuk tujuan pembinaan bandar ini," katanya.

Beliau memaklumkan, projek itu mempunyai dua kolam iaitu 15.5 hektar dan satu lagi 16 hektar.

"Limpahan air tidak dialirkan ke Sungai Kelantan tetapi terus ke Sungai Seribong dan Sungai Pengkalan Datu sebelum ke laut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!