“OH!Ria Fest” Putrajaya beri peluang belia terokai peluang perniagaan

Bagi rakan baik, Nor Syuhanis Suhaimi dan Surifa Wan Ali yang menjual pelbagai jenis kopi di festival ini, mereka teruja menjadi salah satu pempamer.
Bagi rakan baik, Nor Syuhanis Suhaimi dan Surifa Wan Ali yang menjual pelbagai jenis kopi di festival ini, mereka teruja menjadi salah satu pempamer.
A
A
A

PUTRAJAYA - Anak-anak yang dilahirkan kurang sempurna atau dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) tidak wajar dipinggirkan. Selain perlu penjagaan yang lebih fokus, banyak komuniti sokongan ditubuhkan bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini.

Antaranya ialah Kelab Kuda Istimewa (UNIK) yang ditubuhkan bagi membantu anak-anak istimewa ini melakukan pelbagai aktiviti seperti menggunakan kuda sebagai medium rawatan terapi mental dan fizikal.

Kelab yang ditubuhkan pada Oktober 2023 dengan objektif utama untuk menyediakan perkhidmatan terapi berkuda secara percuma, khususnya kepada orang awam yang kurang berkemampuan khususnya yang mempunyai anak-anak OKU.

Bagi menyokong aktiviti anjuran UNIK, “Oh!Ria Fest” yang berlangsung di Taman Ekuestrian Putrajaya bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos mengajak orang ramai datang meraikan anak-anak istimewa sambil menjayakan kutipan dana bagi UNIK.

MOHAMMAD FAUZI
MOHAMMAD FAUZI



Menurut wakil penganjur Oh!Ria Fest iaitu Oh!Ria Management, Mohamad Fauzi Md Nor menegaskan festival ini julung kali diadakan dan memberi peluang kepada kelab tersebut mengutip dana bagi menjalankan pelbagai aktiviti khususnya melibatkan anak-anak istimewa.

“Sebanyak 80 pempamer dan vendor mengambil bahagian dalam festival tiga hari ini yang menyediakan khidmat jualan makanan dan bukan makanan. Antara aktiviti yang kami anjurkan ialah zumba, “pound”, pony-ride, sesi mengenali dan “carrot time” bersama kuda, jualan minyak wangi, demo lukisan abstrak, zumba dan persembahan selebriti tempatan.

"Kita juga menganjurkan pertandingan dressage dan show jumping kuda. Paling penting festival ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk, ia adalah percuma,” jelas Mohamad Fauzi.

Artikel Berkaitan:

SYED DANIAL
SYED DANIAL



Sementara itu, Syed Danial Syed Shaffri daripada Al Habshee Exclusive Perfume menegaskan “Oh!Ria Fest” memberi banyak peluang kepada vendor bagi memperkenalkan produk masing-masing.

“Saya menjual lebih 40 jenis minyak wangi yang diimport dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Keunikan minyak wangi yang saya jual selain harga yang berpatutan, kualiti bau minyak wangi yang saya jual setara dengan minyak wangi jenama antarabangsa,” ujarnya..

RITA
RITA



Bagi Rita Mangan yang menjual minuman prebiotik untuk kesihatan usus, dengan jenama “My Daily Greens” berharap lebih ramai orang mempunyai kesedaran untuk mengambil makanan yang seimbang dan sihat.

“My Daily Greens yang dipaket secara sachet mengandungi ektsrak bayam, spirulina, buah delima, lobak merah, ubi bit dan Ashwagandha bagus diambil untuk mereka yang kurang gemar makan sayur dan mereka yang terlalu sibuk dengan kerja dan urusan harian,” jelasny.

Bagi rakan baik, Nor Syuhanis Suhaimi dan Surifa Wan Ali yang menjual pelbagai jenis kopi di festival ini, mereka teruja menjadi salah satu pempamer.

“Kami mempunyai kedai kopi bergerak (mobil) atas jernama Sit & Sip di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya yang menjual 20 jenis kopi.

"Festival seumpama ini sangat bagus kerana memberi banyak peluang kepada anak-anak muda untuk menerokai dunia perniagaan dan dalam masa yang sama kami dapat membantu anak-anak OKU” jelas Surifa.

Untuk rekod, UNIK juga menawarkan pengajaran dan perkongsian mengenai sukan berkuda secara percuma kepada orang awam yang berminat.

Ini termasuk pengetahuan asas seperti cara mengendalikan kuda, teknik menunggang yang betul, dan penjagaan kuda. Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan pemahaman dan keterampilan dalam sukan berkuda di kalangan masyarakat

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!