Bekas ADUN Sungai Puyu stabil, masih dipantau

Syn Tze, Laporan Sinar Harian (kanan)
Syn Tze, Laporan Sinar Harian (kanan)
A
A
A
GEORGE TOWN - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Datuk Seri Phee Boon Poh yang dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung pada Khamis lepas dilaporkan stabil dan kini dipantau di Unit Jagaan Koronari (CCU).

Anak perempuan Phee yang juga ADUN Sungai Puyu, Phee Syn Tze berkata, bapanya sedar pada malam tadi selepas menjalani pembedahan dan melepasi tahap kritikal, namun masih memerlukan pemantauan.

"Doktor baru memaklumkan bahawa semua lawatan dilarang untuk mengelakkan jangkitan bakteria selain perlu memastikan kadar degupan jantung kekal stabil.

"Sebarang lawatan boleh menjejaskan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Kami berharap semua pihak dapat memberi kami sedikit ruang dan masa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syn Tze berkata, bapanya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesembuhannya.
Artikel Berkaitan:


Semalam, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Boon Poh, 72, dirawat di hospital kerana serangan jantung.

Beliau adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang dan memegang jawatan ADUN selama empat penggal sebelum bersara pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!