Pengurus akaun antara tiga direman disyaki terima rasuah sembunyi dokumen

Tiga suspek dibawa untuk direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu.
Tiga suspek dibawa untuk direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiga individu termasuk seorang wanita direman pada Sabtu disyaki menerima rasuah bagi menyembunyikan dokumen penting melibatkan syarikat industri minyak sawit.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataan memaklumkan perintah reman terhadap tiga individu berumur antara 40 hingga 50-an itu dikeluarkan Majistret Norainina Shariful Anuar.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan setelah permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, perintah reman selama tiga hari sehingga 5 Ogos dikenakan terhadap suspek wanita berusia 40-an dan lima hari sehingga 7 Ogos terhadap dua suspek lelaki berusia 40 hingga 50-an itu.

"Kesemua suspek sebelum ini ditahan sekitar jam 10 malam semalam hingga 1 pagi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya.

"Suspek wanita yang bertugas sebagai pengurus akaun ditahan kerana disyaki terlibat dengan transaksi penerimaan rasuah.

"Dua suspek lelaki yang merupakan setiausaha syarikat ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi menyembunyikan beberapa dokumen penting berkaitan Call Option Agreement (COA)," katanya pada Sabtu.

Katanya, dokumen itu dipercayai disembunyikan oleh setiausaha syarikat untuk melambatkan pihak kedua daripada melaksanakan perjanjian COA yang telah ditandatangani pada Mac 2021.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga dipercayai untuk melengahkan penghakiman kes saman sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2022," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!