Pemandu lori maut tersepit, kenderaan terbabas

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian lori terbabas di Kampung Laloh, Kuala Krai pada Sabtu.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian lori terbabas di Kampung Laloh, Kuala Krai pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas dalam kemalangan di Kampung Laloh, Kuala Krai pada Sabtu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Razmi Che Man berkata, mangsa dikenali sebagai Raduan Hussain, 57, tersepit dalam kenderaan berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 9.26, tujuh anggota termasuk seorang pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai terus bergegas ke lokasi.

"Pasukan bomba tiba kira-kira jam 10.09 dan mendapati kemalangan melibatkan seorang lelaki.

"Kami berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam lori berkenaan tetapi disahkan meninggal dunia," katanya.

Jelas beliau, operasi tamat pada jam 11.40 pagi.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!