Lagi harimau kumbang masuk perangkap

Seekor lagi harimau kumbang masuk perangkap di Ladang Jalong, Sungai Siput pada Sabtu. Foto: Perhilitan Perak
Seekor lagi harimau kumbang masuk perangkap di Ladang Jalong, Sungai Siput pada Sabtu. Foto: Perhilitan Perak
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seekor lagi harimau kumbang berjaya masuk perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di Ladang Jalong dekat sini pada Sabtu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, harimau jantan berusia empat tahun itu dianggarkan seberat 45 kilogram (kg).

"Harimau kumbang itu dipercayai dari Hutan Simpan Bukit Kinta berhampiran mula masuk perangkap awal pagi ini.

"Pemeriksaan mendapati ada kesan luka pada muka dipercayai melanggar perangkap dan doktor veterinar berada di lokasi untuk beri rawatan di lokasi," katanya ketika dihubungi di sini.

Yusoff berkata, harimau berkenaan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai untuk rawatan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.

"Perangkap berkenaan masih aktif selepas pihaknya mengesyaki ada lagi haiwan pemangsa lain di lokasi tersebut.

"Harimau kumbang tersebut merupakan binatang buas ketiga yang masuk perangkap di lokasi sama dalam tempoh sebulan," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seekor harimau kumbang yang dilaporkan sering membaham ternakan milik penduduk di Ladang Jalong sejak Jun lalu berjaya ditangkap, minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Harimau jantan seberat 42kg itu telah memasuki perangkap yang dipasang sejak 20 Jun lalu.

Pada 3 Julai lalu, seekor harimau belang seberat 75kg dianggarkan berusia dua tahun memasuki perangkap sama yang menggunakan umpan anak kambing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!