Gelandangan diberkas baling batu dekat stesen monorel

Stesen Monorel Imbi. Foto MRT.com
Stesen Monorel Imbi. Foto MRT.com
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki dipercayai gelandangan melempar batu di Stesen Monorel Imbi dekat sini mengundang padah setelah dia diberkas pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kejadian terbabit kira-kira jam 5 petang pada Jumaat.

"Siasatan lanjut dijalankan kemudiannya membawa kepada tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berumur 55 tahun di sekitar stesen berkenaan.

"Suspek diberkas kira-kira jam 5.30 petang pada Sabtu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan berkaitan kes terbabit dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!