Terima kasih Pearly-Thinaah, anda sudah buat yang terbaik!

Beregu wanita badminton negara, Pearly Tan dan M Thinaah ketika beraksi menentang beregu wanita Jepun, Nami Matsuyama dan Shiharu Shida bagi perebutan pingat gangsa acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle. Foto Bernama
Beregu wanita badminton negara, Pearly Tan dan M Thinaah ketika beraksi menentang beregu wanita Jepun, Nami Matsuyama dan Shiharu Shida bagi perebutan pingat gangsa acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle. Foto Bernama
A
A
A

TIADA ungkapan sesuai bagi menggambarkan perjuangan beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah di Sukan Olimpik Paris 2024 selain terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Pearly-Thinaah sudah melakukan yang terbaik untuk mencabar pilihan keempat dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida bagi perebutan pingat gangsa.

Namun, faktor keletihan mungkin dilihat menjadi punca permainan Pearly-Thinaah kurang menjadi apabila kerap melakukan unforced error yang menyumbang mata demi mata kepada gandingan Jepun itu.

Pun begitu, pujian harus diberikan kepada Pearly-Thinaah kerana mampu melangkah lebih jauh di Olimpik biar pun sebelum ini mereka tidak diberikan sebarang harapan untuk sekurang-kurangnya menjadi pencabar dalam perebutan pingat.

Aksi di gelanggang badminton di Porte de La Chapelle Arena, Paris itu menyaksikan Pearly-Thinaah tumpas straight set 11-21, 11-21.

Apa pun, Pearly dan Thinaah sudah mencipta sejarah tersendiri di bumi Perancis apabila muncul beregu wanita pertama negara melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik.

Sebelum ini, aksi terbaik beregu wanita negara hanyalah mara ke suku akhir di Rio 2016 menerusi Vivian Hoo-Woon Khe Wei.

Bagaimanapun, Vivian-Khe Wei ketika itu gagal ke separuh akhir apabila tewas di tangan pasangan Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!