PM ajak rakyat nyatakan solidariti Himpunan Pembebasan Palestin esok

Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama berhimpun bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin pada Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil esok.

"Insya-ALLAH esok kita bersama-sama nyatakan solidariti, sokongan dan dukungan berterusan kepada rakyat Palestin. Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka!” katanya dalam hantaran Facebook.

Dijadual bermula pada jam 6 petang, himpunan itu antara lain bagi menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.

Perdana Menteri juga dijangka menyampaikan pidato pada acara kemuncak himpunan itu untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin, bersama beberapa pemimpin lain.

Antara program yang diatur ialah Pidato Solidariti Palestin, solat maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.
Artikel Berkaitan:


Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kira-kira 20,000 orang dijangka hadir di stadium itu bagi menzahirkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!