Pasang lampu laser 'disko' di lebuh raya elak pemandu lori tertidur

Lampu laser yang dipasang di Lebuhraya Qingdao-Yinchuan.
Lampu laser yang dipasang di Lebuhraya Qingdao-Yinchuan.
A
A
A

BEIJING - Pihak berkuasa China melakukan tindakan luar biasa apabila memasang lampu laser berwarna-warni di sepanjang lebuh raya bagi mengelakkan pemandu lori tertidur.

Langkah itu dilakukan sebagai mengekang kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di sepanjang Lebuhraya Qingdao-Yinchuan sepanjang 1,600 kilometer (km).

Namun, langkah baik itu dipandang serong segelintir netizen di China yang masih keliru bagaimana cahaya laser itu mampu menghalang pemandu lori daripada tertidur, sebaliknya seperti lampu disko di kelab malam ataupun pub.

Bagaimanapun, ia disanggah pihak berkuasa China yang menjelaskan pemasangan lampu itu hanya dibuat di kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan maut.

Video tular mengenai lampu tersebut turut mendapat kecaman pemandu lori sendiri yang mengatakan pemasangan lampu itu seakan mengganggu tumpuan mereka.

"Sebenarnya pancaran lampu laser itu yang akan membuatkan saya lagi cepat tidur apabila sudah terbiasa melalui lebuh raya itu.

"Idea genius siapa sebenarnya? Tahniah mereka yang selama ini tidak mengantuk akan menjadi bingung," menurut ciapan dari seorang netizen dalam platform X.

Setakat ini, tidak dipastikan sama ada sistem laser itu masih diuji di lebuh raya tersebut atau pihak berkuasa China akan meneruskan projek itu di lebuh raya lain.

Artikel Berkaitan:

Tetapi video tular itu masih heboh di media sosial dan pernah menjadi tajuk utama berita di negara tersebut. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!