'Anak saya bukan lelaki, dia wanita sejati'

Amar tampil mempertahankan anaknya, Imane Khelif yang didakwa sebagai lelaki dan mengambil bahagian dalam acara tinju wanita di Sukan Olimpik paris 2024. Foto Agensi
Amar tampil mempertahankan anaknya, Imane Khelif yang didakwa sebagai lelaki dan mengambil bahagian dalam acara tinju wanita di Sukan Olimpik paris 2024. Foto Agensi
A
A
A

BAPA kepada petinju Algeria, Imane Khelif mempertahankan anak perempuannya itu selepas didakwa menyertai acara tinju wanita Sukan Olimpik Paris sebagai lelaki.

Imane yang merupakan calon pingat Olimpik menjadi tajuk utama antarabangsa apabila lawannya dari Itali, Angela Carini menarik diri hanya 46 saat selepas perlawanan mereka bermula.

Atlet berusia 25 tahun itu, adalah salah seorang daripada dua atlet yang telah dibatalkan penyertaan pada Kejohanan Dunia tahun lalu kerana tidak memenuhi kriteria kelayakan jantina.

Susulan kontroversi itu, petinju wanita dan pejuang hak wanita telah bersuara menyokong Carini.

Namun, bapa Imane, Amar menyeru anak perempuannya untuk membuktikan kritikan yang diterimanya adalah salah dan memenangi pingat emas untuk negaranya.

Amar menunjukkan gambar Imane sewaktu kecil. Foto Agensi
Amar menunjukkan gambar Imane sewaktu kecil. Foto Agensi

"Serangan terhadap Imane adalah tidak bermoral, ini tidak adil.

"Imane adalah seorang gadis yang mencintai sukan sejak dia berusia enam tahun lagi, dia dahulu bermain bola sepak.

Artikel Berkaitan:

"Kritikan dan khabar angin ini bertujuan untuk menggoyahkan Imane, mereka tidak mahu dia menjadi juara dunia.

"Saya memberitahunya untuk buktikan mereka salah di gelanggang dan saya harap dia akan menghormati Algeria dan negara-negara Arab serta memenangi pingat emas.

"Dia adalah contoh teladan kami dan kami mahu menjadi sepertinya dan mengharumkan nama Algeria serta bandar Tiaret," kata Amar penuh semangat.

Angela Carini (kiri) menarik diri hanya 46 saat selepas pertarungannya dengan Imane bermula. Foto Agensi
Angela Carini (kiri) menarik diri hanya 46 saat selepas pertarungannya dengan Imane bermula. Foto Agensi

Amar telah mengemukakan dokumen rasmi dari 2 Mei 1999 yang menyatakan bahawa Imane dilahirkan sebagai seorang perempuan.

Lin Yu-Ting dari Taiwan yang juga gagal dalam ujian kelayakan jantina, memenangi perlawanan menentang Sitora Turdibekova dari Uzbekistan pada Jumaat.

Sebelum ini, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah dikritik kerana membenarkan Imane dan Yu-ting bertanding dalam kategori wanita di Olimpik.

Imane dan Yu-ting dibenarkan bertanding di Paris walaupun telah dibatalkan kelayakan pada Kejohanan Dunia 2023 selepas gagal peraturan kelayakan Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) yang menghalang atlet dengan kromosom XY lelaki bersaing dalam acara wanita.

Imane dibenarkan bertanding di Paris walaupun telah dibatalkan kelayakan pada Kejohanan Dunia 2023 selepas gagal peraturan kelayakan Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA). Foto Agensi
Imane dibenarkan bertanding di Paris walaupun telah dibatalkan kelayakan pada Kejohanan Dunia 2023 selepas gagal peraturan kelayakan Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA). Foto Agensi

Tahun lalu, IOC melucutkan status IBA sebagai badan induk tinju atas isu tadbir urus dan mengambil alih pertandingan tinju Paris 2024 itu sendiri.

IOC memaklumkan peraturan kelayakan adalah berdasarkan peraturan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan tidak boleh diubah semasa pertandingan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!