Hamas mula proses pilih pengganti Ismail Haniyeh

Poster Ismail Haniyeh kelihatan semasa himpunan warga Indonesia menyatakan solidariti terhadap Palestin di depan Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta pada Sabtu. Foto AFP
Poster Ismail Haniyeh kelihatan semasa himpunan warga Indonesia menyatakan solidariti terhadap Palestin di depan Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta pada Sabtu. Foto AFP
A
A
A

GAZA - Hamas pada Sabtu mengumumkan bahawa kepimpinannya memulakan proses untuk memilih ketua biro politik yang baharu selepas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran.

"Susulan kematian pemimpin kami (Haniyeh), kepimpinan pergerakan memulakan proses rundingan dalam kalangan kepimpinan dan institusi penasihatnya bagi memilih ketua baharu untuk pergerakan ini,” Anadolu memetik kenyataan Hamas.

Menurut kenyataan itu, pembunuhan Haniyeh akan hanya menjadikan Hamas dan penentangan Palestin lebih kuat dan lebih berazam untuk meneruskan tindakannya.

Hamas berkata, pihaknya akan mengumumkan hasil rundingan sebaik sahaja selesai.

Haniyeh dibunuh pada awal Rabu selepas menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Pengawal peribadi Haniyeh turut terbunuh dalam kejadian itu. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!