Amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung hari ini

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung hingga 12 tengah hari ini. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung hingga 12 tengah hari ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terbabit termasuk keseluruhan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di beberapa dearah di Kedah iaitu Kuala Muda, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Rompin), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah) serta Johor (Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru). - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!