Notis kekosongan kerusi DUN Mahkota telah dihantar ke SPR

Tangkap layar kenyataan media berkenaan.
Tangkap layar kenyataan media berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Hantaran notis mengenai kekosongan kerusi Dewan Negeri Johor Kawasan Mahkota telah disampaikan kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menerusi hantaran faks.

Perkara tersebut disahkan Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkhashi menerusi satu kenyataan media di laman facebook miliknya pada Ahad.

“Pagi ini (Ahad), saya telah memaklumkan kepada pihak SPR melalui hantaran faks mengenai kekosongan kerusi Dewan Negeri Johor Kawasan Mahkota kerana penyandangnya, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain telah meninggal dunia pada 2 Ogos 2024 lalu.

“Justeru, pihak Dewan Negeri Johor menyerahkan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pada Jumaat, Mohd Puad, enggan membuat sebarang kenyataan tentang kerusi DUN Mahkota, demi menghormati keluarga Allahyarhamah Datuk Sharifah Syed Zain.

Bagaimanapun, Mohd Puad berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut sama ada pada Sabtu atau Ahad.

Sharifah Azizah, 63, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), pada jam 12.32 tengahari, pada Jumaat.

Sharifah yangjuga Ketua Wanita UMNO Kluang sejak 1993 sehingga kini dan menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Johor pada tahun 2015-2018.

Artikel Berkaitan:

Beliau menang kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022 dan Allahyarhamah juga merupakan ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022 lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!