Polis buru seorang lagi suspek kes samun rumah di Semenyih

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

KAJANG - Polis sedang memburu seorang lagi suspek kes samun di sebuah rumah di Kampung Pasir, Semenyih dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis telah kenal pasti individu berkenaan.

"Kita akan buru individu itu sampai dapat, jika dia tidak tampil menyerah diri.

"Setakat ini masih empat individu ditahan reman bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan tiga anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan kerana dipercayai terlibat dalam satu kes samun sebuah rumah.

Tangkapan pertama melibatkan dua lelaki berusia 32 dan 35 tahun di Kem Batalion 19 PGA Cheras di sini pada 12.20 tengah malam semalam dan mereka direman hingga 7 Ogos ini.

Seorang lagi lelaki berusia 24 tahun, yang juga anggota PGA batalion sama, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 1 tengah hari, Khamis.

Seorang lagi suspek iaitu orang awam menyerah di IPD Kajang pada 1.40 pagi Jumaat, kedua-dua individu itu direman sehingga 8 Ogos ini.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!