Daem Meat Nomads inovasi perkhidmatan makanan bergerak negara

Acryl Sani (tiga dari kanan) dan Syed Zainal Abidin (tiga adari kiri) ketika pelancaran Daem Meat Nomads baru-baru ini.
Acryl Sani (tiga dari kanan) dan Syed Zainal Abidin (tiga adari kiri) ketika pelancaran Daem Meat Nomads baru-baru ini.
A
A
A

PENERAJU inovasi dalam industri perkhidmatan makanan, Daem Sdn Bhd, melancarkan konsep terbaharunya, Daem Meat Nomads yang menggabungkan teknik penyediaan daging tradisional dengan teknologi perkhidmatan makanan bergerak yang moden.

Pengerusi Daem Sdn Bhd, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, konsep tersebut bertujuan membawa produk daging berkualiti tinggi yang diiktiraf halal terus kepada pengguna di pelbagai lokasi, acara, dan komuniti.

Menurutnya, trak Daem Meat Nomads dilengkapi dengan kemudahan penyediaan makanan dan penyimpanan yang canggih, memastikan semua produk daging kekal segar dan berkualiti sepanjang hari.

"Daem Meat Nomads bukan sekadar trak makanan, ia adalah pengalaman kulinari bergerak yang membawa pilihan daging terbaik ke pintu rumah pelanggan kami.

"Kami bangga memperkenalkan konsep inovatif ini yang selari dengan keperluan pengguna moden yang semakin berkembang, sambil mengekalkan standard kualiti dan pematuhan halal yang tertinggi," katanya sempena Majlis Pelancaran Daem Meat Nomads di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Pameran Pelancongan dan Perdagangan Islam Antarabangsa (IITTF) 2024 pada Khamis.

Majlis Pelancaran Daem Meat Nomads disempurnakan oleh Acryl Sani.
Majlis Pelancaran Daem Meat Nomads disempurnakan oleh Acryl Sani.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Sementara itu, Acryl Sani dalam ucapannya memuji inisiatif tersebut yang disifatkannya mampu memberi impak besar kepada ekonomi tempatan serta landskap keusahawanan negara.

Artikel Berkaitan:

"Inisiatif oleh Daem Sdn Bhd ini mencerminkan inovasi dan semangat keusahawanan yang penting untuk pertumbuhan ekonomi. Ia bukan sahaja membuka peluang perniagaan baharu tetapi turut menyokong pembangunan industri perkhidmatan makanan dan pelancongan," katanya.

Pelancaran Daem Meat Nomads di IITTF 2024 ini turut memberikan peluang kepada syarikat berkenaan untuk menembusi pasaran antarabangsa, di samping menarik perhatian pelawat tempatan dan antarabangsa.

Sebagai langkah awal, trak Daem Meat Nomads akan mula beroperasi di beberapa lokasi terpilih di Selangor dan Kuala Lumpur sebelum diperluaskan ke bandar-bandar utama lain di seluruh negara.

Pengenalan konsep Daem Meat Nomads ini dijangka mampu mengubah industri perkhidmatan makanan bergerak di negara ini dengan fokus kepada produk daging premium dan model perkhidmatan inovatif, sekali gus berpotensi mengukir nama dalam pasaran perkhidmatan makanan yang kompetitif.

Peluang perniagaan francais juga bakal dilaksanakan untuk usahawan yang berminat menyertai usaha perniagaan baharu ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!