Putin umum pelan rangkaian kereta api antarabangsa

Vladimir Putin Foto AFP
Vladimir Putin Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Ahad mengumumkan rancangan untuk membangunkan koridor pengangkutan antarabangsa, termasuk penubuhan rangkaian sistem kereta api tanpa halangan, lapor Xinhua.

"Kami berhasrat untuk mewujudkan komunikasi kereta api tanpa halangan dari Laut Baltik dan Barents hingga ke pantai Teluk Parsi dan Lautan Hindi.

"Ini adalah tugas besar dan saya yakin dengan kepakaran, pengalaman dan komitmen anda terhadap kepentingan negara, kita akan mencapainya,” Putin berucap menerusi video sempena Hari Pekerja Kereta api Rusia.

Beliau juga menggariskan projek utama, termasuk pembinaan kereta api berkelajuan tinggi yang bersepadu dengan Hab Pengangkutan Pusat di Moscow, penciptaan koridor logistik antarabangsa dan peningkatan laluan pengangkutan dari Azov ke Laut Hitam.

"Kita perlu mempercepatkan pengembangan infrastruktur kereta api Rusia dengan peningkatan teknologi canggih, menggunakan inovasi terkini.

"Pendekatan kita bukan sahaja memenuhi keperluan semasa tetapi juga bersedia untuk permintaan masa depan, memastikan kemajuan untuk dekad yang akan datang," katanya.

Presiden itu menekankan kepentingan memodenkan lagi sistem kereta api Timur Rusia, khususnya Baikal-Amur, Kereta api Trans-Siberia dan Kereta api Lintang Utara sepanjang 700 kilometer di daerah Autonomi Yamalo-Nenets yang menghubungkan ke pelabuhan Artik. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!