PRK Nenggiri: Sanusi yakin PN boleh menang majoriti 2,000 undi

Muhammad Sanusi (tiga dari kiri) bersama pengundi di DUN Nenggiri pada Ahad
Muhammad Sanusi (tiga dari kiri) bersama pengundi di DUN Nenggiri pada Ahad
A
A
A

GUA MUSANG - Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin calon gabungan itu yang bertanding pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menggunakan logo Pas akan menang dengan majoriti tidak kurang 2,000 undi sekali gus mempertahankan kerusi tersebut.

Menurutnya, keyakinan itu berpandukan kepada sokongan rakyat selain gelombang PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang yang dilihat semakin subur dalam kalangan pengundi.

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi

"Pada masa sama, jentera pilihan raya PN juga sudah bergerak masuk ke kawasan pedalaman Orang Asli untuk berkempen.

"Pada saya, zaman sekarang, jarak bukan penghalang, kita ada pelbagai kaedah berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Minum Pagi Bersama Menteri Besar Kedah di Renok pada Ahad.

Menurut beliau, sehingga kini Gelombang PN sedang melanda seluruh negara, termasuk kawasan Orang Asli.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Kedah itu mendakwa, ketiadaan pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) mengiringi calon Barisan Nasional (BN) pada proses penamaan calon semalam memberi gambaran berlaku konflik dalaman kerjasama gabungan lawan itu.

BN diwakili oleh Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara PN menamakan Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!