Kedaulatan, kedudukan Sabah tiada tolak ansur sama sekali - Anwar

Anwar ketika berucap menyampaikan Pidato Perdana di SICC, Kota Kinabalu.
Anwar ketika berucap menyampaikan Pidato Perdana di SICC, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia sama sekali tidak bertolak ansur mengenai isu tuntutan pihak luar terhadap Sabah.

Beliau berkata, isu kedaulatan Sabah antara perkara penting yang diminta ditekankan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

"Ada ura-ura bila negara luar mengugat kedaulatan Sabah, terima kasih kepada Ketua Menteri yang membuat kenyataan tegas dan akan mempertahankan setiap inci tanah Sabah merdeka bersama Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian semasa pembukaan ucapannya ketika menyampaikan Pidato Perdana di Himpunan Perdana Rakyat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Ahad.

Tambah Anwar lagi, isu tuntutan daripada Filipina telahpun dijawab dengan tegas walaupun hubungannya dengan kerajaan dan presiden negara tersebut baik.

"Saya pernah jawab baru-baru ini bila kerajaan Filipina kata nak bangkit semula soal kedudukan Sabah, tapi saya jawab hubungan saya dengan kerajaan Filipina sangat baik.

"Hubungan peribadi saya dengan Presiden Bongbong Marcos sangat baik, sangat akrab, dia pun anggap saya antara kawan yang baik.

"Jadi kita harus runding bicara dengan baik, tapi soal kedaulatan negara, soal kedudukan Sabah sebahagian Malaysia tidak kita tolak ansur sama sekali," tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!