Rujuk mufti elak kenyataan mengelirukan

Abdul Aziz (dua kanan) menyerahkan replika cek peruntukan zakat asnaf riqab kepada wakil pengusaha rumah ar-Riqab Selangor.
Abdul Aziz (dua kanan) menyerahkan replika cek peruntukan zakat asnaf riqab kepada wakil pengusaha rumah ar-Riqab Selangor.
A
A
A

KLANG - Umat Islam disaran merujuk kepada Jabatan Mufti Negeri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan agama.

Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, setiap negeri mempunyai mufti yang berperanan menjaga hukum syarak dan hal ehwal agama Islam.

Menurutnya, kesilapan mengeluarkan sebarang kenyataan dikhuatiri boleh mengelirukan orang awam.

"Apa-apa yang berkaitan agama Islam elok dirujuk kepada Jabatan Mufti. Setiap negeri ada mufti yang di bawah institusi diraja bagi menjaga hukum syarak.

" Jadi hal-hal berkaitan seperti itu elok dapatkan pandangan rasmi daripada jabatan mufti supaya dikaji dengan teliti," katanya pada Majlis Perasmian Bulan Pembebasan Riqab di Hotel KSL Esplanade di sini pada Ahad.

Abdul Aziz (tengah) pada Majlis Perasmian Bulan Pembebasan Riqab di Hotel KSL Esplanade pada Ahad.
Abdul Aziz (tengah) pada Majlis Perasmian Bulan Pembebasan Riqab di Hotel KSL Esplanade pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas penyebaran klip video lawatan kursus anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) di sebuah rumah ibadat bukan Islam baru-baru ini.

Video berdurasi 6.35 minit dipercayai dari media berbahasa Tamil memaparkan kunjungan delegasi dari JAIPk ke Kuil Sri Maha Mariamman Kampung Kasipillay, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Video itu menarik perhatian pengguna media sosial apabila seorang peserta kursus menyatakan lawatan berkenaan banyak memberi pendedahan kepada peserta untuk lebih mendalami agama Hindu.

Peserta itu juga memaklumkan lawatan itu membantu merungkai salah faham yang sering berlaku memandangkan terdapat banyak kesamaan antara Hindu dan Islam.

Abdul Aziz berkata, kursus yang dijalankan dengan tujuan baik namun timbul salah faham dari segi melontarkan pandangan.

"Saya rasa timbul salah faham di situ, mungkin tujuan kursus baik tetapi mereka tidak mengkaji dari segi hukum dan buah fikiran daripada mufti dan sebagainya.

"Program sudah dibuat sebanyak tiga kali, cuma salah faham timbul daripada kenyataan salah seorang daripada peserta kursus dan bukan pegawai Majlis Agama Islam Perak atau JAIPk," katanya.

Ujarnya, kenyataan dikeluarkan peserta berkenaan adalah sangat tidak sesuai kerana mengatakan kesamaan ajaran Islam dengan agama lain.

"Kalau ilmu kurang, jangan keluarkan kenyataan yang salah. Dalam realiti, kena berhati-hati supaya orang tidak keliru," katanya.

.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!