[VIDEO] Kupata popular gara-gara bantu kanak-kanak seberang jalan

Paparan aksi Kupata mengawal lalu-lintas ketika sekumpulan kanak-kanak menyeberangi jalan mencuri perhatian ramai.
Paparan aksi Kupata mengawal lalu-lintas ketika sekumpulan kanak-kanak menyeberangi jalan mencuri perhatian ramai.
A
A
A

GEORGIA - Seekor anjing bernama Kupata menjadi bualan hangat netizen sekali gus popular di laman sosial setelah membantu sekumpulan kanak-kanak menyeberangi jalan dengan selamat di sini.

Kupata melindungi anak-anak kecil itu ketika menyeberangi lintasan zebra dengan mengawal lalu-lintas seperti pengawal keselamatan agar kenderaan tidak melalui jalan tersebut.

Menerusi perkongsian di Twitter Akki, anjing berwarna putih tompok hitam itu pada awalnya mengejar sebuah kenderaan kerana tidak berhenti ketika pejalan kaki mahu melintas jalan.

Paparan video berdurasi 53 saat itu juga memaparkan Kupata menunggu di tengah jalan raya sehingga sekumpulan kanak-kanak benar selamat tiba di seberang jalan.

Video meraih lebih 483,500 tontonan itu mencuri perhatian netizen kerana kepintaran Kupata mengawal lalu-lintas selain peka kepada persekitaran.

Kupata mengejar sebuah kenderaan kerana tidak berhenti bagi membenarkan kanak-kanak menyeberangi jalan.
Kupata mengejar sebuah kenderaan kerana tidak berhenti bagi membenarkan kanak-kanak menyeberangi jalan.

Eka berkata, "Kita perlu pelajari dari Kupata."

Alot pula memberitahu, "Anjing ini sangat pintar malah membuatkan ramai gembira melihat kelakuannya."

Artikel Berkaitan:

Kata Shelby pula, "Kupata telah lakukan yang terbaik tapi saya bimbang jika sesuatu buruk berlaku padanya."

Tambah Jeyua, "Anjing ini bijak, setiap kali kanak-kanak mahu melintas, atau sesiapa sahaja, dia akan bantu mengawal lalu lintas."

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!