Lelaki nyaris maut kereta dipandu terbakar

Keadaan kereta Mercedes Benz GLC 43 yang mengalami kemusnahan kira-kira 50 peratus selepas terbakar di hadapan Taman Sinar Harapan, Lebuhraya Utara Selatan, di sini pada Ahad. - Foto: JBPM Kedah
Keadaan kereta Mercedes Benz GLC 43 yang mengalami kemusnahan kira-kira 50 peratus selepas terbakar di hadapan Taman Sinar Harapan, Lebuhraya Utara Selatan, di sini pada Ahad. - Foto: JBPM Kedah
A
A
A

JITRA - Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta Mercedes Benz GLC 43 yang dipandunya terbakar dalam kejadian di hadapan Taman Sinar Harapan, Lebuhraya Utara Selatan dekat sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, mangsa bagaimanapun berjaya keluar menyelamatkan diri daripada kenderaan terbabit.

Beliau berkata, sebelum itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 9.48 pagi.

"Susulan itu, sepasukan anggota BBP Jitra bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Mercedes Benz GLC 43 telah terbakar di lorong kecemasan Lebuhraya Utara Selatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Bustan berkata, sebaik tiba api didapati sedang marak membakar bahagian enjin kereta yang ketika itu berada di lorong kecemasan menyebabkan kemusnahan kereta sekitar 50 peratus.

"Susulan itu, pihak bomba cuba memadamkan kebakaran hingga api padam sepenuhnya menggunakan air tangki jentera,"katanya.

Tambahnya, pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan manakala punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!