200 individu terima bayaran pendahuluan motosikal

V Papparaidu (empat kanan) menyampaikan bantuan bayaran pendahuluan motosikal menerusi Program BikeCare-1000 berjumlah RM1,000 kepada setiap seorang
V Papparaidu (empat kanan) menyampaikan bantuan bayaran pendahuluan motosikal menerusi Program BikeCare-1000 berjumlah RM1,000 kepada setiap seorang
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 200 individu dari kalangan B40 di Selangor menerima bantuan bayaran pendahuluan motosikal menerusi Program BikeCare-1000 berjumlah RM1,000 setiap seorang.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu berkata, sebanyak RM200,000 diperuntukkan bagi meringankan beban pekerja Gig atau P-hailing dalam bentuk pembayaran pendahuluan pembelian motosikal.

“Kerajaan negeri bantu bayar wang pendahuluan RM1,000. Penerima hanya perlu jelasnya baki harga motosikal yang dipilih (tidak melebihi RM10,000) dan diharap inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban kewangan.

“Antara kriteria penerima adalah berpendapatan rendah. Kita mahu bantu supaya mereka dapat menjana pendapatan dengan lebih baik sekali gus memastikan kestabilan ekonomi keluarga,” ujarnya pada Ahad.

Majlis penyerahan kali ini melibatkan seramai 41 penerima selepas 159 penerima menerima bantuan sama tahun lalu.
Majlis penyerahan kali ini melibatkan seramai 41 penerima selepas 159 penerima menerima bantuan sama tahun lalu.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Motosikal Bikecare-1000 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Majlis penyerahan kali ini melibatkan seramai 41 penerima dan merupakan majlis penyerahan fasa dua selepas 159 penerima menerima bantuan sama dalam program fasa satu diadakan pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Papparaidu juga bercadang untuk melanjutkan program bantuan berkenaan pada masa akan datang supaya lebih ramai penerima khususnya yang berpendapatan rendah menerima terima manfaat.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan adakan mesyuarat dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membincang perkara ini dan pada masa sama mewujudkan bantuan peralatan lain seperti komputer riba kepada pelajar universiti,” tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!