Lelaki maut, rakan cedera kereta hilang kawalan

Keadaan kereta yang dipandu mangsa dan rakannya dalam kemalangan di Bulatan Persiaran Indah awal pagi Ahad. - Foto: IPD Iskandar Puteri
Keadaan kereta yang dipandu mangsa dan rakannya dalam kemalangan di Bulatan Persiaran Indah awal pagi Ahad. - Foto: IPD Iskandar Puteri
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Gara-gara hilang kawalan ketika memandu, seorang lelaki maut sementara rakannya cedera parah setelah kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Bulatan Persiaran Indah dekat sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M Kumarasan berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 1.45 pagi Ahad ketika seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun sedang memandu kereta jenis Toyota Vios bersama seorang rakannya yang berusia 31 tahun.

“Ketika hendak memasuki ke Bulatan Persiaran Indah, pemandu telah hilang kawalan mengakibatkan kereta tersebut melanggar besi penghadang jalan.

“Perlanggaran itu menyebabkan pemandu tercampak keluar dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta patah tangan kanan sementara rakannya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, kaki dan tangan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat manakal rakannya telah mendapatkan rawatan di hospital sama,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan maut ini, boleh menghubungi pejabat pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri di talian 07-5101322.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!