Ibu Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian meninggal dunia

Jenazah Che Tom Nayan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Tembak A, Kuala Ketil Kedah.
Jenazah Che Tom Nayan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Tembak A, Kuala Ketil Kedah.
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu kepada Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Badruldin Zakaria, iaitu Che Tom Nayan meninggal dunia pada Ahad kerana sakit tua.

Allahyarhamah berusia 83 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.54 pagi di kediamannya di Kampung Tembak A, Kuala Ketil, Kedah.

Badruldin berkata, kesihatan Allahyarhamah ibunya mula merosot sejak bulan lalu dan semakin kritikal dua hari lalu.

"Kehilangan yang amat dirasai semua ahli keluarga kerana sifat penyayang Allahyarhamah. Saya bersyukur kerana sempat berada di sisi bersama sanak saudara lain di saat-saat akhir kematian mak.

Allahyarhamah Che Tom (dua kanan) bersama semua anak perempuannya ketika beliau masih sihat.
Allahyarhamah Che Tom (dua kanan) bersama semua anak perempuannya ketika beliau masih sihat.

"Terima kasih kepada semua sanak saudara, jiran, sahabat mak dan orang kampung yang membantu menguruskan jenazah.

"Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,"katanya.

Jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Tembak A.

Artikel Berkaitan:

Allahyarhamah meninggalkan lima anak, 21 cucu dan 10 cicit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!